Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dijadual akan mengadakan sidang media khas pada jam 3 petang ini.
Sidang media khas berkenaan akan disiarkan secara langsung melalui media sosial Facebook, saluran Astro 502, myFreeview 121 dan unifi TV.
Perdana menteri dijangka akan membuat pengumuman berkaitan perjalanan rentas negeri dalam sidang media berkenaan.
Sebelum ini kerajaan memaklumkan perjalanan rentas negeri akan dibenarkan sekiranya kadar vaksinasi di seluruh negara mencapai 80 peratus.
Bagaimanapun kerajaan kemudian mengumumkan perjalanan rentas negeri hanya akan dibenarkan apabila kadar vaksinasi mencapai 90 peratus populasi dewasa.
Ismail Sabri menjelaskan langkah ini diambil untuk memastikan tiada negeri ketinggalan.
Pada 8 Oktober lalu, Ismail Sabri berkata kebenaran rentas negeri akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan berkuat kuasa secara serentak di seluruh negara
Setakat semalam, sebanyak 89.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dos vaksin Covid-19.
– Malaysiakini