Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak hari ini memberi ulasan berkaitan sejauh mana Iran akan menyerang negaranya jika negara itu memperolehi senjata nuklear.
Barak menulis sebuah artikel di surat khabar Ibrani Yedioth Ahronoth, Ahad pagi yang menyangkal niat Iran untuk mencari senjata nuklear untuk menjatuhkan bom di Amerika, Israel atau negara jiran dan menghancurkan mereka.
Iran tidak “bodoh” seperti yang digambarkan sejumlah pihak.
Ehud Barak membandingkan Iran ketika ini yang dipimpin oleh Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi negara itu dan Presiden Korea Utara Kim Jong Un yang tidak akan menjatuhkan bom nuklear di tetangganya Korea Selatan, Jepun atau Amerika untuk menghancurkannya.
Niat Iran dan Korea Utara dalam mendapatkan senjata nuklear untuk bertahan memungkinkan kebebasan bertindak dan bertahan.
Barack menekankan bahawa sama ada Iran dan Korea Utara tidak bodoh untuk menjatuhkan bom ke Israel atau Korea Selatan atau Amerika tetapi mereka ingin terus menjadi kuat berpengaruh di wilayah sekitar mereka masing-masing secara terpisah.
– Palestinkini