Serangan tentera rejim Israel ke pada rakyat Palestin semakin meningkat, terutamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan mereka sering menembak secara langsung ke arah rakyat Palestin dengan peluru hidup.
Menurut Pusat Data Palestin yang dilaporkan oleh Paltoday pada Sabtu (4/6/2022), 10 warga Palestin di Tepi Barat gugur syahid di tangan pasukan rejim Zionis selama bulan Mei 2022.
Pasukan rejim Zionis melakukan keganasan sebanyak 4,342 kali terhadap rakyat Palestin pada bulan tersebut. Selain itu, mereka juga menyerang rakyat Palestin sebanyak 335 kali. Manakala peneroka Zionis melakukan perkara yang sama sebanyak 219 kali.
Serangan tentera Zionis di pelbagai kawasan di Tebing Barat pada Mei juga menyebabkan 1487 rakyat Palestin cedera. Mereka menahan 603 rakyat Palestin, termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak.
Selain itu, tentera Zionis menyerbu tapak suci Islam dan Kristian di kota al-Quds sebanyak 38 kali.
4,876 peneroka Zionis juga menyerbu Kompleks Masjid al-Aqsa, dan beribu-ribu menyertai perarakan bendera provokatif di al-Quds yang diduduki.
Tentera rejim Zionis menyerang pelbagai kawasan di Palestin untuk mencapai matlamat perluasan mereka dalam menduduki Palestin.
Mereka menangkap, menganiaya, mengusir dan membunuh rakyat Palestin. Tindakan seperti ini dilakukan hampir setiap hari.