Menurut Paltoday, seorang pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah pos pemeriksaan Israel di kawasan Anabta Tulkarm hari ini, Jumaat (8/7/2022) dan pulang dengan selamat dari tempat tersebut.
Sejumlah pejuang Palestin turut melepaskan tembakan ke arah menara tentera tentera Zionis berhampiran perkampungan Beit Lid, yang terletak di timur Tulkarm.
Di bandar Nablus, seorang pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah pusat pemeriksaan Israel yang terletak berhampiran penempatan Yahudi Yitzhar.
Sejumlah pasukan penentang Palestin turut melepaskan tembakan ke arah tentera Israel di kawasan al-Murabba’ah, yang terletak di barat Nablus.
Trend pejuang Palestin menyerang kedudukan askar dan peneroka Zionis di Tebing Barat khususnya di bandar Jenin dan Nablus semakin meningkat untuk membalas dendam terhadap jenayah Israel.
Hak rakyat Palestin yang tertindas telah dipijak oleh rejim penjajah Zionis selama lebih tujuh puluh tahun.
Rejim ini telah melakukan jenayah paling kejam terhadap rakyat Palestin. Pasukan penentangan membalas kejahatan rejim zionis dengan menjalankan operasi penentangan.