Letupan besar menggegarkan sebuah kem Palestin di bandar pelabuhan Tire di selatan Lubnan, sehingga mencederakan lebih 12 orang, kata sumber.
Agensi Berita Nasional (NNA) milik kerajaan melaporkan jumlah kematian belum ditentukan, tetapi media tempatan dan pekerja pertahanan awam di tempat kejadian mengesahkan tiada korban nyawa.
NNA melaporkan, letupan berpunca dari depot senjata Hamas di kem Burj al-Shemali dan seorang hakim telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk melancarkan siasatan.
Sebilangan kumpulan Palestin bersenjata, termasuk Hamas dan Pergerakan Fatah, mengawal kira-kira 12 kem Palestin di negara itu.
Agensi Berita Shehab, yang dilihat rapat dengan Hamas, memetik sumber Palestin sebagai berkata, letupan itu disebabkan tabung oksigen yang disimpan untuk digunakan dalam memerangi pandemik COVID-19.
Kawasan sekitar letupan telah dipindahkan dan kru penyelamat telah dikerahkan, kata sumber Palestin.
Video dari situasi yang dikongsi media tempatan menunjukkan api marak di atas bandar selatan, diikuti dengan letupan besar dan bunyi kaca pecah.
– Agensi