
Indonesia bersedia memberi suntikan vaksinasi COVID-19 kepada semua kanak-kanak di negara itu yang berusia enam hingga 11 tahun.
Timbalan Menteri Kesihatan Indonesia, Dante Saksono Harbuwono berkata, pemberian suntikan vaksin akan bermula 24 Disember, selepas panduan dasar vaksinasi terhadap kanak-kanak dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
“Pemberian vaksinasi juga dilihat sebagai langkah pencegahan serta pengendalian wabak menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
“Kerajaan tempatan dibenar memulakan suntikan bagi kanak-kanak sekiranya peratusan melebih 70 peratus termasuk 60 peratus vaksinasi dos pertama kepada golongan warga emas,” katanya dalam kenyataan.
2 November lalu, Agensi Kawalan Makanan dan Ubat-Ubatan Kebangsaan Indonesia memberikan kelulusan penggunaan kecemasan bagi vaksin Sinovac ke atas kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas.
Malah, remaja berusia 12 hingga 17 tahun turut diberikan vaksin bagi membolehkan mereka pembelajaran secara fizikal di sekolah.
Agensi itu dilaporkan menjalankan ujian untuk menilai vaksin Sinopharm buatan China kepada kanak-kanak bawah 12 tahun.
Malah, mempertimbangkan penggunaan vaksin Pfizer-BioTech kepada kanak-kanak berikutan kelulusan pada 29 Oktober lalu oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Amerika Syarikat (AS).
Sehingga kini, hanya beberapa negara termasuk Singapura membenarkan pemberian vaksinasi kepada remaja dan kanak-kanak.
-Agensi